IQ-NILAM LOGIN : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE
PROGRAM IQ-NILAM
Untuk maklumat kepada para ibu bapa yang masih mempunyai anak di bangku sekolah, bermula tahun 2021 ini, semua murid dan pelajar tidak kira sekolah rendah ataupun menengah, mereka akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM LOGIN pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my
Kami ingin kongsikan cara mengisi data bacaan dalam IQ-NILAM dengan mudah menggunakan peranti seperti telefon pintar atau komputer riba.
PEREKODAN BACAAN DALAM SISTEM IQ NILAM
Untuk maklumat kepada ibu bapa sekalian, hasil bacaan anak-anak dalam sistem ini akan membantu mereka mencapai tahap 5 bintang agar rekod bacaan mereka membantu dalam pencapaian PAJSK.
Ibu bapa disarankan dengan menggalakkan dan memantau pembacaan anak-anak di rumah agar ilmu dapat ditimba.
CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE
Sila guna Google Chrome dan setkan akaun Google Classroom murid sebagai email utama.
Anda boleh Ikuti langkah yang dikongsikan berikut untuk merekod bahan bacaan dalam sistem IQ-NILAM
1. Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my
2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA murid.
3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
a) Maklumat Bahan Bacaan
i. Tajuk Buku
ii. Pilihan Bahasa
iii. Tahun Terbitan
iv. Pengarang
v. Penerbit
b) Jenis Bahan Bacaan
i. Buku Fiksyen
ii. Buku Bukan Fiksyen
iii. Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
iv. Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
v. Rumusan
vi. Aktiviti Pengayaan
vii. Aktiviti Lain-lain (jika ada)
5. Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang SIMPAN.
Taraaaa…Selesai! Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan.
Selamat mencuba, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda.
Kredit : Farid 6 Februari, 2021
VIDEO TUTORIAL 1
VIDEO TUTORIAL 2
No comments:
Post a Comment