Monday, March 29, 2021

PERTANDINGAN PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH - PSS SKCP 2021

 


SYARAT PENYERTAAN

1.Terbuka kepada semua murid SK Cherok Paloh.

2.Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi sebuah perpustakaan mini. Jika dalam satu keluarga ada dua atau tiga perpustakaan mini adalah dibenarkan untuk menghantar lebih penyertaan.

3.Sila ambil gambar peserta bersama perpustakaan mini dan hantarkan kepada Pn Nor Azlin (0126886177).

4.Pertandingan ini akan berakhir pada 15 April 2021.

Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pn Nor Azlin di talian seperti di atas.

Saturday, March 27, 2021

RAK BUKU MAYA SK CHEROK PALOH


RAK BUKU MAYA SK CHEROK PALOH.

https://ssbskcp.rakmaya.com/

Jom baca! 

Lepas baca rekodkan ke dalam IQ NILAM.

https://iqnilam.moe.gov.my


IQ-NILAM : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

IQ-NILAM LOGIN : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

https://iqnilam.moe.gov.my

PROGRAM IQ-NILAM

Untuk maklumat kepada para ibu bapa yang masih mempunyai anak di bangku sekolah, bermula tahun 2021 ini, semua murid dan pelajar tidak kira sekolah rendah ataupun menengah, mereka akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM LOGIN pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my

Kami ingin kongsikan cara mengisi data bacaan dalam IQ-NILAM dengan mudah menggunakan peranti seperti  telefon pintar atau komputer riba.

PEREKODAN BACAAN DALAM SISTEM IQ NILAM

Untuk maklumat kepada ibu bapa sekalian, hasil bacaan anak-anak dalam sistem ini akan membantu mereka mencapai tahap 5 bintang agar rekod bacaan mereka membantu dalam pencapaian PAJSK.

Ibu bapa disarankan dengan menggalakkan dan memantau pembacaan anak-anak di rumah agar ilmu dapat ditimba.


CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE

Sila guna Google Chrome dan setkan akaun Google Classroom murid sebagai email utama. 

Anda boleh Ikuti langkah yang dikongsikan berikut untuk merekod bahan bacaan dalam sistem IQ-NILAM

1. Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my

2. Sila log masuk menggunakan ID DELIMA murid.

3. Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.

4. Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:

a) Maklumat Bahan Bacaan

i. Tajuk Buku

ii. Pilihan Bahasa

iii. Tahun Terbitan

iv. Pengarang

v. Penerbit

b) Jenis Bahan Bacaan

i. Buku Fiksyen

ii. Buku Bukan Fiksyen

iii. Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)

iv. Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)

v. Rumusan

vi. Aktiviti Pengayaan

vii. Aktiviti Lain-lain (jika ada)

5. Setelah selesai mengisi, anda perlu klik butang SIMPAN.

Taraaaa…Selesai! Paparan JUMLAH BUKU akan bertambah seperti dalam skrin di bawah setiap kali murid merekodkan hasil bacaan.

Selamat mencuba, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda.

Kredit : Farid 6 Februari, 2021


VIDEO TUTORIAL 1


VIDEO TUTORIAL 2




BENGKEL IQ NILAM

BENGKEL IQ NILAM UNTUK PENGAWAS PSS 

TARIKH : 24 MAC 2021 / 10 SYAABAN 1442

HARI : RABU

TEMPAT :MAKMAL KOMPUTER

PENYAMPAI : CIKGU NOR AZLIN

PESERTA : PENGAWAS PSS (TAHUN 3 - 6) DAN PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 6














LUPA ID DELIMA MURID? SEMAK KAT SINI.


 Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pihak PPD menerima banyak aduan tentang masalah murid lupa ID DELIMa. Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Kuantan telah menyediakan satu portal untuk guru-guru menyemak maklumat ID DELIMa murid-murid menggunakan nombor kad pengenalan murid berkenaan. Diharapkan usaha ini akan membantu persediaan guru & murid untuk mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM.

http://bit.ly/DELIMaKuantan

"Kuantan Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Masa Hadapan"

PELANCARAN PROGRAM NILAM SKCP 2021

 Pelancaran Program Nilam SK Cherok Paloh 2021


TARIKH : 22 MAC 2021 / 8 SYAABAN 1442

HARI : KHAMIS

TEMPAT : KELAS TAHUN 3

PERASMI : GURU BESAR

Tentatif program pelancaran.

- Perhimpunan di dalam kelas masing-masing.

- Doa,nyanyian dan ikrar.

- Laporan guru bertugas.

- Pelancaran program NILAM 2021.

- Guru besar menandatangani diari Nilam.

- Penyerahan bakul Nilam  kepada wakil kelas.

- Taklimat Program NILAM 2021 oleh penyelaras Nilam (Pn Rashima Aida)






APA ITU PROGRAM NILAM?

 


NILAM

Program NILAM

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat

Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Taman Semarak adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
  • Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif

Objektif Program NILAM P adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
  1. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
  2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
  1. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
  2. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
  3. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan

Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Tahap Jauhari
  • Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
  • Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
  • Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
  • Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
  • Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
  • Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
  • Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
  • Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

NILAM GOT TALENT PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2022

 Pada 30 November 2022 hingga 1 Disember 2022 Unit PSS SK Cherok Paloh telah menghantar empat orang peserta daripada tahun 4 Arif, Dua orang...